tahun baru!?

hmm......tahun baru hijrah aritu ak x aktif brblogging.......so jama' skali r post ni utk tahun baru miladi ngan hijri....hehe

apapun....bila tahun baru ni kita slalu sbut psai azam tahun baru.......azam nak brubah......nak jadi baik dan sebagainya.........

sebenarnya x pyah tggu tahu baru utk buat azam..........

setiap hari yg baru adalah satu episod baru dlm hidup kita......klu kita tengk crita ultraman atau spongebob atau daram korea atau al-kuliyyah atau sinetron atau senario sekalipun, msti kita mgharapkan yg episod seterusnya adalah lbih best drpda episod harini.....

samalah dgn kehidupan kita pon....msti bangun pagi tu trus ada azam nak jadikan hari tu lbih daripada semalam.....

Rasulullah yang kita cintai pon dah pesan dah kat kita....

"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka" - HR Bukhari

Allah.....kelepek kena sebijik atas muka sniri......ni nasihat kat diri sniri sbnarnya......sesapa yg baca dan terasa dia ternasihat skali alhamdulillah......

hmm......sbb apa kita msti jadikan hari ni lebih baik dari semalam dan esok lbih baik dari hari ini?

sebabnya......semakin banyak hari kita hidup kat dunia ni......maknanya semakin sedikit baki yang tinggal untuk kita sediakan bekal bertemu Allah nnti.........xkan dah ckup kot?.......huhu

Allah bagi masa singkat ja utk kita buat amal kat dunia ni..........balasannya syurga yang selama-lamanya........

klu masa yg singkat tu pon kita smpat buat bnda2 yg x brfaedah, lagha, maksiat.........masa yang kita guna utk ibadah dan kebaikan dah jadi extra singkat.........tiba2 kita nak mntak syurga yang kekal abadi kat Allah.........aduhai....x layaknya rsa....

oklah......smoga kita jadikan hri ni dan hari2 seterusnya lbih baik dari semalam, tahun lepas dan tahun2 sebelum ni.....

*derek tulis blog waktu nak exam ja.....plik btoi manusia ni

sekian....wassalam

azwan wahab
irbid, jordan
31 dec 2010, 1.30 p.m


kembali!!

hoho.......ada ka ptut mozilla tamau bukak blog aku......

bukak ja nnti mozilla crash.......trpaksa dwnload google chrome bru leh bukak balik.....hampeh tol

potong btol.....aku bru ja nak aktif berblogging aritu...cis2

apapun.....mnx maaf kpada smua pminat blog ni.....
sori sbb buat korang trtunggu2....kah3.....bajet gila ayat

skrang mnggu exam!!!!!!!!!

2nd sem pon dah tasjil......alhamdulillah.....jadual aku dapat sprti yang dirancang......[x pyah balik mlm2 dah la lpas ni......hoho]

exam ni best sbb ada gap mcm spm......huhu.....[malangnya gap tu mmbuatkan aku malas.....astaghfirullah]

azwan wahab
irbid, jordan
30 disember 2010, 10.30pm


damba cinta-Mu


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

*lirik lagu raihan yang amat menyentuh qalbu...

azwan wahab
irbid, jordan
24 dec 2010, 7.00 pg

study!!!!!!!!!!!!!!!

kerajinan.....keazaman.....kesugguhan.....dimanakah kalian????

x kan dh last minute bru nak study kot?

itu dah study kerana exam dah tu

sepatutnya study ikhlas kerana Allah.....cintakan ilmu

Ya Allah.....berikanlah aku kekuatan dan keikhlasan Ya Allah

amin.........

kisahku

bila tngok blog kengkawan yg rajin update blog.....rsa tringin nak tulih gak.....tp masalahnya x dak idea nak tulis apa......hmmm

haaa.....ada idea dh...wlupun rsanya crita ni mcm dh basi ja.....tp lantaklah.....hoho

pada suatu hari, azwan dan rakan-rakannya pergi berjalan2 di negara yang bernama jordan.

whoa, kadang2 rsa cam x prcaya aku dh dok kat ngra org.........waktu nak spm dulu, rasa mcm mustahil ja nak dapat biasiswa ke luar ngara.....tp, alhamdulillah, segala puji bagi Allah, syukur sgt2 aku dipilih oleh-Nya utk mai sini.

klu org tanya seronok x kat jordan?.......aku msti tatau nak jawab cmna.........nak kata best sgt2 tu x la..........klu nak kata x best lgsung pon x gak........pndek kata, bleh la hidup......hoho

pengalaman nak di'pau' duit pon ada gak.......haish

haaa.....critanya mcm ni

aku dan amru(nama sebenar) yg semangat nak p jamiah tiba2 disapa oleh dua remaja arab.......

'assalamualaikum, ya sadiqi,' kata mereka berdua secara berjemaah seraya menghulurkan tangan utk brsalaman dgn kami.

ak ingat depa saja nak buat friendly ngan org mlysia.....

tiba2, dengan suka hatinya depa mnx duit......

'biddi one JD'.......maksudnya: saya nak satu dinar......

yg mai salam ngan aku tu badan kurus sket......yg p salam ngan amru gemuk sket.......[haha...mcm watak setan kurus setan gemuk dlm majalah asuh]

bila dia ckap dia nak duit, aku pon kata...'duit yg ada ni nak guna p jamiah'.....[wlupun aku ckap arab broken tp dia pham....bagus]

Alhamdulillah, Allah permudahkan aku lepaskan diri sbb lpas aku ckap cmtu, trus arab tu give up.......tp yg x bestnya dia p kacau amru plak

arab yg gemuk sket tu salam tgn amru x lpas2.....so, pyahla amru nak lari......aku yg dh trlepas ni tatau apa yg ptut aku buat......hmmm

tp last2, dia lpas gak tgn amru lpas dia try nak pau jam amru.......haru sngguh arab ni!

Alhamdulillah......smuanya slamat.....wlupun arab gemuk tu smpat gak tmbuk amru.....tp tmbukan dia tu sgt lemah umpama tmbukan manja gitu....hoho

pengajarannya di sini, amalkanlah doa pelindung seprtimna yg disarankan nabi kita, Muhammad S.A.W

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


mgkin berkat doa yg aku bca ni tlah menyelematkan aku pada hari tu.....agar bertambah keyakinan hamba bahawa sesungguhnya Allah Maha Melindungi..


"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan."

terjemahan surah al-Baqarah, ayat 107

bersambung.........


16 disember, 9 muharram, 9.00 mlm,

Irbid, Jordan....







lamanya...

hahaha.......lama gila x update blog. malas r. hari ada periksa ni la tetiba tringin plak nak update blog...haru sungguh. hmmm, cakap mengenai periksa, teringat istilah exam-oriented. ramai orang pertikaikan sistem belajar yang exam-oriented, termasuklah aku kot. belajar untuk periksa adalah sangat tidak baik untuk kesihatan...hoho. antara ciri2 belajar untuk periksa:

1) lepas habis periksa, dengan penuh tensionnya mulut berkata,'rugi gila, penat aku baca ja haram x kluaq pon bab tu'

2) waktu study, dengan rileksnya mulut berkata,'alah, yang ni x masuk periksa, x pyah baca r'

3) waktu lapang, dengan gembiranya mulut berkata,'cantek r, bleh rileks, esok bukan periksa pon'

4) bila dah habis periksa, dengan puasnya mulut berkata,'yess, terlepas satu beban'

5) bila dpt result, dengan manisnya mulut berkata, 'cikgu, tambahla markah sket cikgu, satu g ja nak dpt a'

hoho....mcm mna aku tau ciri2 ni?....sbb aku sniri pon buat cmtu gak, astaghfirullah. sepatutnya kita study untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ni, menunaikan kewajipan sbb menuntut ilmu tu wajib ke atas setiap muslim. jadi, menuntut ilmu tu ibadah. nak beribadah, kena la sungguh2. nak ibadah, kena la sediakan hati yang suci.

insyaAllah, sebenarnya wlupun sistem belajar kita exam-oriented, tapi sebenarnya kita sendiri yang menentukan sama ada kita ni belajar kerana Allah ataupun untuk periksa. cemerlang untuk org kata kita pndai ataupun untuk menaikkkan nama Islam.

pesanan untuk diri sendiri dan sapa2 yg baca, klu ibadah kna istiqamah, study pon kna istiqamah sbb study pon ibadah gak. study dengan niat ikhlas kerana kita cintakan ilmu, bukan sbb ilmu tu akan dtanya dlm periksa nnti. insyaAllah klu kita study mcm ni, kejayaan tu akan datang dgn sniri. periksa tu hanya wadah untuk kita test ilmu yg ada, bukan sebagai tujuan sebenar belajar.

dh laa, nak study plak.....assalamualaikum
azwan, 24 oktober, 7.40pg, jordan

siapa kita?

Rasanya rugi jika aku menggunakan blog ni sebagai public diary semata-mata. Oleh itu, kali ni aku ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku peroleh sepanjang di intec agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Pada hari sabtu dan ahad yang lepas, aku telah menghadiri satu program yang diberi nama Ini Sejarah Kita. Program ini menarik kerana ia dijalankan dalam keadaan yang sangat santai. Berbeza dengan ceramah atau forum.

Program ini telah dikendalikan oleh pelajar2 yang sedang menuntut di universiti luar negara termasuk yang sudah menamatkan pengajian serta yang sedang bercuti musim bunga (kot). Program ini secara keseluruhannya berkisar tentang sejarah umat Islam yang sangat gemilang satu ketika dahulu. Sejarah yang sangat gemilang ini adalah sejarah kita, kita sebagai umat Islam. Tapi persoalannya, adakah kita bangga dengan pencapaian ini. Dan apabila kegemilangan ini lenyap pada hari ini, adakah kita tidak terasa untuk mengembalikan kegemilangan itu. Kalau kita ditanya dengan soalan - siapakah awak? Apa yang akan kita jawab? pelajar? rakyat malaysia? manusia? Berapa ramai yang akan menjawab, aku seorang muslim, tanpa ragu-ragu. Mungkin ada yang akan kata, dia bukan tanya apa agama kita. Memang betul soalan ini tidak ada kena-mengena dengan agama, tetapi islam itu sendiri merujuk kepada siapa kita sebenarnya. Islam bukan seperti agama lain. Islam is the way of life, it is the guidance from Allah on how human should live. That means, every single thing we do has to be in Islam way. Jadi, apakah jawapan yang paling tepat kepada soalan siapa kita. Sudah tentu jawapannya kita adalah muslim.

Satu lagi soalan. Adakah kita Islam atau islam? Apakah beza antara Islam dan islam? Apakah beza antara Hensem dan hensem? Hensem itu adalah kata nama. Seseorang yang mempunyai nama Hensem, tidak semestinya dia seorang yang hensem. Tetapi jika seseorang itu hensem, maksudnya dia hensemlah. Berbalik kepada persoalan Islam atau islam. Ramai kita pada hari ini Islam, tetapi berapa ramai yang islam.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)



Apa masalah yang melanda kita pada hari ini? Salah satu faktor umat Islam lemah pada hari ini ialah kerana ramai muslim tahu Islam tetapi tidak memahami Islam. Apa bezanya? Contoh yang paling mudah dapat diberikan di sini ialah berkenaan solat. Mungkin ramai daripada kita tahu cara2 untuk solat, tahu perkara yang membatalkan solat. Namun tanpa memahami tujuan solat itu, solat itu mungkin akan menjadi senaman harian tanpa mencapai tujuan sebenar solat sebagai pengabdian diri kepada Allah.



Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan)keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Surah al-'Ankabut, ayat 45



Ayat ini jelas menerangkan bahawa solat itu mampu mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan munkar. Namun adakah realitinya begitu pada hari ini? Kenapa agaknya?

Begitu juga dengan muslim. Sekiranya kita berada pada jalan Allah, mana mungkin kita lemah. Oleh itu, kita hendaklah sedar bahawa Islam tidak cukup sekadar tahu, tetapi hendaklah kita faham. Kefahaman itu pula melibatkan hati, bukan akal semata-mata. Jika cukup sekadar akal, masakan terdapat ramai golongan kuffar yang mengkaji Islam tetapi tidak memeluk Islam malah menjadi musuh ketat Islam. Maka apabila kita cuba memahami dengan hati, maka kesannya juga akan terasa di hati. InsyaAllah



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Surah al-A'raaf, ayat 179


Oleh itu, gunakanlah hati dengan sebaiknya untuk memahami Islam, mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya. Semoga kita sama-sama terselamat daripada berada dalam golongan yang dimaksudkan dalam ayat di atas.


WAllahu a'lam....

kursus!!!

tiba2 terasa nak tulih blog lak. hmm, sejak tarikh mendaftar, kiranya dah dua bulan aku dok kat intec ni. Minggu lepas baru ja selesai ber BTN. Best gak btn ni. aku suka tempat dia, makanan free dia, ldk dia dan aku rasa mcm pandai sket r bab2 perlembagaan lani. Klu dulu blajaq sejarah setakat tau, hafal, pastu tulih dlm periksa mna2 yg teringat. hahaha. Lani tau lebih mendalam r, siap terhafal lagi. Mana taknya, sepanjang btn sembang pasai perlembagaan ja. Pelajar2 tajaan jpa yg p jordan semua dihantar ke Ulu Sepri kat Rembau,NS. (kecuali pelajar dentistry). Selain kami, pelajar2 tajaan petronas(p uk kot), pelajar2 mara (p Bandung) dan pelajar2 mindef(p mesir dan rusia) turut dihantar kat sini. ok gak r dia hantaq pelajar len sama, bleh tambah kawan lagi. hahahaha.....tapi sebenarnya x tambah kawan sgt pon, sbb dlm group aku, sorang sebilik ngan aku kat intec(afiq), sorang g amru (knai 5 tahun dah)..haha. Aku dimasukkan dlm group 4 sekali ngan amru, afiq, syawal (mara-Bandung) , ikhwan (mindef-Mesir), melissa (mara-bandung), izzatty (jordan), tasnim (klas aku), izzah (jordan), dan hidayah (mara-bandung). Haaa, satu lagi part yg best, dlm group tu tiga org mai drpd kedah. Memang x guna bahasa baku dah, hahaha. Pastu sambil dok makan, selalu jadi khilaf bahasa. Orang kedah panggil gulai, depa panggil kari, pastu ada beza lak tu gulai ngan kari. Kedah bantai sama ja. Nama kuih paling best. Satu kuih ada mcm2 nma. heh.
Dah la cerita pasai btn, kembali ke intec, minggu depan ada mid term test.huhu. Macam mna la rsult aku nnti. Usaha dan tawakal ja la. ok, dah la takat tu. entah bila lak la nak tulih balik. hehehe, malaih sngguh. Waktu mula2 buat dulu rsa semangat berkobar-kobar nak menulih. Lani dah kureng.....hehe
semoga bertemu lagi di lain lembaran. wassalam.*
*baku tuuu, jgn men2.heh

aku blajaq apa??

Lama dah aku tak tulis dlm blog ni. Nak kata sibuk, x la sibuk sgt pon. Syok jugak sebenarnya bila otak kembali bekerja menyelesaikan soalan-soalan physics, chemistry dan biology. Hari 1st chemistry, lecturer kami, Sir Fadhlullah dah test kami dengan soalan yang nampak macam senang, tapi bila nak jawab, idea kering kontang!..berkarat gila!!.....Tapi bila dah dua tiga hari kelas, boleh r ligan balik. Tapi, blajaq kat sini rasa saiko camna ntah. Semua org semangat sungguh study. Pinjam buku-buku kat library sebab nak study. Aku plak..hmm...macam dulu lagi. Benda yang susah, x dak kena-mengena dengan syllabus, aku memang tinggai tepi trus. Macam mana nak advance?!..Aku harap aku akan jadi lebih rajin lepas ni.

Haa!!....alang-alang dah tulis ni, nak cerita la jugak pasai apa yang aku blajaq kat intec ni. Aku ditempatkan dalam kelas MEJ1, sekali ngan ammar atifie. Sepanjang 4 bulan ni, aku akan blajaq 8 subjek iaitu biology, chemistry, physics, introduction to Islam and medicine, civilisation in medicine, English 4 pre-medical students, computer literacy dan yang paling utama, bahasa arab (loghat jordan). Syok belajaq subjek-subjek ni (buat masa ni la, sebab baru blajaq skit ja...haha) dan yang paling menarik, Bahasa Arab 'Ammiah rr.

shu launak?
apa khabar?

kuwayyis

khabar baik

shu da?
apa ini?

fin/win?
di mana?

hon
di sini

zai ma biddak
ikut suka kamu

haha.....tu r serba sedikit bahasa arab jordan yang kami baru belajaq. Menarik sngguh. Harap-harap sempat kuasai bahasa ni sebelum fly. Klu x, jenoh gak la.

Dah r, nak study plak ni..cewahh (agak-agak bleh percaya tak)...haha. Ma shi (ok), Assalamualaikum...

dunia baru

Alhamdulillah..syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada hambaNya ini. Hari ni hari kedua aku di intec...sekarang aku ada program minggu mesra siswa. Waktu aku tulis ni adalah waktu free....x dak aktiviti(aku x ponteng tau). Alhamdulillah, hari khamis, 15/4/2010 pukul 10.30 mlm, aku telah menerima satu panggilan daripada pihak jpa, tapi aku x terkejut sgt, sbb sblom tu aina dah telepon aku habaq kata dia dapat pergigian di mesir. Jadi, aku memang berdebar-debar menunggu panggilan tu. Bila handset aku berdering ja, aku terus gembira(tapi takut jugak la....kot2 dia kata dukacita anda x dapat ka....huhu). Tapi, alhamdulillah, berita yang aku dapat adalah berita gembira. Jadi, 18/4 (kelmarin), aku pon mendaftar lah di intec UiTM seksyen 18. Aku akan berada di sini 3 bulan saja, waktu dalam telefon aku dengar macam dia kata 7 bulan. Tapi, bila mai sini, baru tau, 3 bulan ja....haha.....lagi bagus. Mungkin lepas raya nanti aku akan fly ke jordan....insyaAllah....doa-doakan aku ya..

quest for scholarship (II)




Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (2010)

Quest for scholarship (II).....saja aku buat dua bahagian sebab bahagian (II) ni pencarian biasiswa selepas result spm diumumkan. Jadi, feeling dia lain sikit laa.

31hb mac, tarikh temuduga untuk temuduga tnb.

Hari kejadian, bangun awal..(huh, x awal sangat pon....biasa ja). Temuduga ni diadakan di UNITEN. Aku apply nak buat power engineering...(haha.....tak pernah terlintas pon dalam fikiran nak belajar bidang ni....main apply ja). Tapi alhamdulillah, nama aku tersenarai untuk temuduga. Pergi ja la, mana tau ada rezeki aku kat situ. Yang paling syok, interview kali ni aku ada geng...naem, haziq ngan zulkhairi/bee/tobek/k.e/dafi/zul...adoii...bnyak sungguh nama dia. Awal-awal sekali, macam biasa la, pendaftaran. Lepas tu, kami semua diberi taklimat. Bagus betul taklimat dia. Dia terang siap-siap apa yang akan jadi dalam bilik interview nanti. Cara nak duduk pun dia ajar. Surau pun dia bagitau kat mana, dia kata,'surau ada kat belakang ni, sapa-sapa yang nak solat dhuha dulu boleh laa'. Bagus betul (tapi aku tak sembahyang dhuha pun...alasan: aku kena group 1st nanti kalau dia panggil kalut pulak). Hahahaha, ada saja alasan.

Lepas tu bermula saat genting, sesi temuduga. Temuduga dia dalam group, dan aku kena satu group dengan naem..haha..syok betul ada geng. Temuduga dia simple ja. 1st dia tanya pasai background kita. 2nd dia tanya pasai apa yang kita tau mengenai TNB. 3rd dia akan bagi satu tajuk, lepas tu dia akan tentukan sama ada kita kena sokong atau bangkang tajuk tu. Aku dapat tajuk 'technology makes people lazy'. Aku kena sokong tajuk ni. Dia bagi masa 2 minit untuk prepare (rasanya lebih kot...sebab yang jaga masa tu lupa nak tekan loceng lepas 2 minit...haha...untung2). Aku pun hentam cakap ja la. Masa untuk cakap 2 minit ja. Orang yang 1st la kesian, dia tak sempat nak cakap isi lagi, masa dah habis dah. Kami yang lepas dia takpa la, tau dah kena cakap laju-laju. Lepas tu, selesai interview TNB. Alhamdulillah...Interview TNB ni best, sebab interviewer dia best, tak pressure orang langsung, buat lawak, gelak-gelak. Kiranya tak rugi aku mai intrviu ni. Tapi dapat atau tak, kena tunggu bulan 5 ni, kalau ada rezeki, alhamdulillah....

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (2010)

haa....biasiswa ni yang paling diharapkan sekali, sebab yang ni peluang banyak sikit. Aku apply medicine timur tengah. Kalau sapa yang apply medik jpa, wajib join program pendedahan kerjaya seorang doktor. Nak bagi pendedahan la, nanti bila dah jadi doktor, takut menyesal pulak. Aku kena pi hospital 5 hari. Lawat la tempat2 dalam hospital tu, bahagian kecemasan, jabatan patologi, jabatan forensik, klinik-klinik pakar, wad ortopedik, wad pembedahan, bahagian O&G dan kafeteria(haha....kena habaq jugak..tiap-tiap hari tak pernah miss kafeteria).


Seronok jugak pi hosp ni. Tambah-tambah group aku, cukup ramah(meriah hosp tu dengaq suara kami sembang....hahaha). Group aku ada 9 orang, macam dalam gambar kat atas. Raisuddin, aku, Amirul, Thiru, Junni, Ying Lie, Izzati, Farah dan Lynton. Memang best, siap buat group lagi dalam facebook...haha.

5hb April, saat genting sekali lagi. Aku kena temuduga kat INTAN Sg Petani. Kali ni pun syok jugak, sebab ada geng. Azuan ngan Aina kena hari yang sama ngan aku. Aku dengan azu siap satu group lagi. Temuduga jpa pun simple ja. Temuduga dia dalam group, macam tnb. Tapi temuduga ni lain sikit, sebab kena cakap bm ngan bi. Selalunya semua in english ja.

1st macam biasa la, introduce ourself. Lepas tu, dia tanya aku nak pi negara mana. Soalan ni dia tanya aku ja, sebab aku apply timur tgh. Aku pun jawab la mesir. Lepas tu dia tanya kenapa aku nak pi mesir(sambil tersenyum sinis). Aku pun bagi la reason aku. Aku kata aku yakin dengan kepakaran pengajar kat mesir sebab kat mesir banyak pakar sebab mesir negara sosialis dan pakar-pakar payah sikit nak keluar daripada negara depa(credit to Aina sebab dia yang habaq kat aku). Tapi aku rasa macam interviewer tu tak faham ja explanation aku...huhu.
Lepas tu, dia bagi tajuk, 'sports level in Malaysia is satisfying and encouraging, do you agree with this statement'. 2-3 saat lepas dia bagi tajuk, aku pun terus angkat tangan....haha....soalan ni aku jawab dulu, kononnya nak nampak menonjol la. Tapi, alhamdulillah aku jawab 1st, sebab bukan ada isi sangat pun nak jawab soalan ni, orang lain dalam group aku pun cakap isi lebih kurang aku ja.
Lepas tu dia tanya pulak, 'what do you think about one student, one sport'. Hmmm....panjang lebar jugak aku jawab soalan ni, tapi ayat putar belit laa...huhu...harap2 interviewer tu faham aku cakap apa.
Last sekali sesi dalam bahasa melayu, dia tanya, 'pada pendapat kamu, bagaimana bidang perubatan dan farmasi boleh menyumbang kepada sukan di Malaysia pada masa akan datang'. Hmm....pening jugak nak jawab soalan ni....biasa la....kita jenis orang yang kurang membaca, nak goreng lebih2 mana nak ada isi..adoii....insaf2.
Hahahaha.....habis dah interview jpa, last sekali dia bagi peluang untuk kita tanya apa2. Tapi aku tak tanya pun, macam tak wajar ja nak tanya soalan kat interviewer. Lagipun ada sorang dalam group aku tu tanya macam2 dah. Apapun, tawakkal ja la. Aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi di mata interviewer tu aku tak tau la camna. Ayat standard, kalau ada rezeki, alhamdulillah...

quest for scholarship

Biasiswa Bank Negara (2008)

hahahaha....tajuk ja dalam english....isi dalam melayu dah laa....hehe. aduhh...cerita lepas spm ni memang panjang. Walaupun panjang, tapi aku rasa 80% daripada masa tu sia-sia saja. Adoii...kadang-kadang teringat hadis Rasulullah, 'terdapat dua nikmat yang selalu manusia lupakan iaitu sihat dan masa lapang'......gedebush, kena sebijik kat muka sendiri. tapi kadang- kadang ja la teringat pon, itu yang masalah tu.
Ok lah, berbalik kepada tajuk asal....'quest 4 scholarship'....bermula seawal aku tingkatan 3 lagi. Lepas pmr, aku dipanggil temuduga untuk biasiswa bank negara. Adoii.......pengalaman pertama temuduga memang best dan x best..(haha.....dua-dua ada)
Yang bestnya, interviu dia memang santai....ala borak-borak gitu....(ya la kan....baru masuk ting 4 ja...x kan dia nak pressure teruk2 kot). Siap ada sesi minum-minum lagi, interviewer tu yang belanja. Dah selesai interviu, dapat duit raya pulak, bank negara la katakan...huhu. Haa...apapun, terima kasih banyak2 kat cikgu Ropizah dan cikgu Zahrul sebab tolong bawa saya ke temuduga pergi dan balik. Walaubagaimanapun, aku x berjaya dapatkan biasiswa nih. Hmmm, aku cakap ikut suka aku ja, mana nak dapat. Siap tanya lagi, nanti kalau saya dapat biasiswa ni, macam mana dengan cita-cita saya nak jadi doktor. Cis.......kalau aku jadi interviewer tu pun aku boleh agak dah, 'budak ni mesti x minat nak kerja bank ni, baik aku x payah bagi biasiswa dekat dia'...hahaha....betapa hampehnya soalan aku.




Biasiswa Yayasan Sime Darby (2009)

hahaha.....waktu spm baru ja habih. Sejurus selepas menduduki kertas terakhir spm, aku terus bertolak ke Kelantan sebab abang aku nak kahwin. Lepas habis majlis di Kelantan, bersedia untuk majlis di Kedah pulak. Hmmm.......nak kata penat pun, x la sangat......huhu....aku x pulun sangat pon buat kerja. Sesudah majlis di Kedah, baru sehari berselang, aku pun bukak lah email aku...hehe...saja nak tengok...baru ada email la katakan..(tu pun abang aku yang tolong buat). Rupa-rupanya aku dipanggil temuduga. Aduhh, x sempat nak rileks kat rumah. Tapi, biasiswa punya pasal, pi jugak la. Hari temuduga.........orang pertama yang aku jumpa, pelajar SBPI Gopeng. Rasa lega sebab ada jugak orang Melayu. Tapi, orang Melayu yang ada boleh bilang dengan jari. Itu pun kebanyakannya Kolej Yayasan Saad. Satu benda yang x best dan sangat 'saiko', semua orang nak sembang dalam english. Arrgh, tekanan eden. Kalau cina dan india saja sembang dalam english, boleh diterima lagi, ini melayu pon speaking jugak walaupun sembang sesama melayu. Betul la kan, memang wajar la kalau nak practise speaking sebelum interviu, tapi.......urrggh. Bukan nak kata, tapi interviu Sime Darby memang renyah, kalau last2 dapat biasiswa, x pa lah, berbaloi. Lagi satu, aku memang x suka stail dia yang reject mentah2 waktu 1st round. Ciss.....rasa terpukul gila bila kena balik dalam keadaan sah2 di'reject'. Malu kot, sapa yang ada kat situ semua tau, 'ooo....budak ni x lepas 1st round, mesti speaking dia fail'. Mungkin orang x ada fikiran macam tu, tapi rasa macam orang dok sebut2 ja tepi telinga kita. Hmmm........apapun, tetap alhamdulillah kerana Allah bagi aku peluang untuk timba pengalaman temuduga kat situ. InsyaAllah perjalanan aku lepas ni mungkin lebih mudah. Dan aku selalu ingat, orang yang berjaya tu selalunya mesti akan gagal dulu dalam hidupnya....huhu....dan aku x patah semangat......alhamdulillah.......

To be continued....

me and friends







hahahahaha.............boh gambaq saja nak bagi meriah blog....huhu....tapi gambaq-gambaq ni semua memang telah meninggalkan kenangan yang sangat manis sepanjang aku merantau d bumi SBPIKP(hehe..merantau bunyi cam dok oversea lak)
syok betul belajaq kat SBPIKP nih......tempat-tempat yang aku x pernah pergi...negeri-negeri yang x pernah aku sampai pon....aku jelajah waktu belajar kat sini.....alhamdulillah
semoga persahabatan sesama kengkawan dan guru-guru akan berkekalan selamanya....AMIIN

terkial-kial

adoii....bagi seorang yang rabun it(hehe....x lah buta sangat)....mencipta blog sendiri adalah agak sukar.....terutamanya bila tengok blog kengkawan cantik2 belaka...
hmmm.....nak buat blog pn kena ada ilmu gak......ilmu itu begitu luas....dan Yang Maha Mengetahui hanya Allah...
Assalamualaikum.............asyik baca blog org ja.....rsa teringin nak tulih sndiri punya.....seronok apabila apa yg dirsa bleh dikongsi....terutama waktu la ni....bukan ada apa nak buat......mungkin bila tulih blog ni...akan memberi manfaat kepada aku dan orang yg membacanya.....selamat blogging untuk aku