doa bukan mantera

doa

satu perkara yang sangat mudah

angkat tangan (malas sangat x angkat pon xpa)
pastu ckap apa yang kita nak
settle

benda yang simple mcam ni tapi kalau buat betul2, kesan dia besar doe (doe?)

doa bukan mantera
baca prom prang prom prang amin
memang r x rasa apa

test la
kalau jadi imam, mula2 baca doa dalam bahasa arab
orang amin slow ja
pastu bila tiba2 kita baca dalam bahasa melayu
orang mesti amin dengan sungguh2 
sebab tiba2 dia faham apa yang imam tu mintak

serius
bila kita mintak kat Allah, itu tanda kita xdak apa2

kalau terdetik dalam hati "malas r nak berdoa"

amboih brader, berlagak gila dengan Allah......atau memang dah sempurna hidup sampai x perlukan apa2 lagi

bohong la kalau kita x berhajat apa2, walau benda tu kecik sekalipun

klu situasi kita dengan adik
kita x mampu buat satu benda,
pastu sebab ego kita, kita takmau mintak tolong dia
"mintak tolong dia nanti nampak sangat aku ni lemah"

tapi macam tu ka dengan Allah,
kita memang lemah kot, admit ja la
banyak benda kita nak, mintaklah



betul kalau doa sahaja tanpa usaha tak jadi jugak
tapi kalau usaha saja tanpa doa?

bila berjaya, mesti kita sandarkan kejayaan tu atas penat lelah usaha kita semata
kan?

hatta dalam kita buat ketaatan sekalipun, rajin solat, puasa sebagainya
kalau kita x berdoa untuk semua tu, kita akan rasa kita mampu buat semua tu sebab kita hebat

bongkak jadinya

maka, berdoalah

azwan wahab,
6 jun 2012,
irbid, jordan

bertemu izzah di barat

ini juga tulisan lama baru nak post

cuti winter haritu aku pi jalan2 ke spain dan italy

x pernah rancang pon....ingatkan nak pi turki ja....tapi Allah dah atur segalanya....alhamdulillah 3ala kulli hal

klu nak cerita mmg ada sangat banyak la nak tulis....malas la....he

ni pon dah berapa lama dah habis cuti baru nak tulis.

tp ada satu benda yg aku rasa, yg aku x pernah rasa, dan aku teringin nak kongsi

pernah la rasa tapi x sama dengan yg aku rasa kali ni.


rasa izzah (bangga) dengan Islam.

sebelum ni x kan x pernah rasa bangga jadi muslim kot?

ya la, dulu kat sekolah menengah kalau buat baik, bagi salam, pakai kemas etc, ak hanya bawa imej sekolah dan ibu ayah

dekat jordan, aku mewakili imej malaysia.

tapi trip aku kali ni, aku rasa aku duta Islam.....oho

solat di jalanan, di lapangan terbang, di stesen bas, stesen keretaapi
macam2 tempatlah asalkan bersih
feeling dia lain macam woh
kat Jordan pernah ja buat, tapi meh....biasa ja.......ramai dah orang buat

bila ada benda baik yang aku buat,
aku rasa macam nak pakai baju tulis I AM A MUSLIM besar2 nak bagi semua orang tau....heh

lepas tu bila ada benda x elok sikit aku buat,
dalam hati aku berharap gila yg orang2 situ taktau aku muslim

ak takmau dengan sebab aku, Islam pulak yang terfitnah

orang Islam ada nabi Muhammad sebagai contoh.....manusia terbaik kot

kalau ada orang yang paling menepati masa, sepatutnya dia muslim
kalau ada orang yang paling murah dengan senyuman, sepatutnya dia muslim
kalau ada orang yang sangat menjaga kebesihan, sepatutnya dia muslim
kalau ada orang yang jimat guna air, sepatutnya dia muslim
kalau ada orang yang sangat rajin membaca, sepatutnya dia muslim

Nabi dah tinggal contoh terbaik, tinggal kita ja nak ikut atau tak

kata cinta Nabi kan.......

azwan wahab,
6 jun 2012,
irbid, jordan

mim alif lam sin

ini tulisan lama, baru nak post

setelah sekian lama tidak menulis, tetiba rasa nak update blog. aku baru selesai berwacana.......antara penel yang hadir ialah dr MAZA.

ilmu dan pidatonya sangat aku kagumi. seorang yang tulisannya, lisannya, ideanya banyak memberi impak kepada masyarakat.

aku rasa teringin menjadi seseorang yang mampu memberi kesan kepada masyarakat. setidak-tidaknya ada saham aku di akhirat nanti.

namun aku sedar dan telah lama aku akui satu hakikat. aku seorang yang malas.

berilah aku tanggungjawab, aku cuba lari.....
berilah aku buku, aku simpan dalam almari....
beri aku peluang, aku kata nanti

aku x boleh terus begini

seseorang yang mengaku Islam,  beriman kepada Allah dan hari akhirat tak mungkin malas

kalau kita benar2 faham betapa singkatnya dunia untuk kita cari modal
nak tebus untuk akhirat yang selamanya
mesti kita sentiasa terkejar2 membuat kebaikan

kalau kita ada seminggu untuk habiskan material yg dah 3 bulan belajar
bila kita tau betapa x sempatnya kita
nak makan pon rasa buang masa
serius

sebab tu nabi jalan laju.....xdak mandom2 nih

nak buang jauh2 malas ni, it just doesn't suit a muslim

moga Allah membantu aku dan kita

azwan wahab,
6 jun 2012,
irbid, jordan