dunia baru

Alhamdulillah..syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaanNya kepada hambaNya ini. Hari ni hari kedua aku di intec...sekarang aku ada program minggu mesra siswa. Waktu aku tulis ni adalah waktu free....x dak aktiviti(aku x ponteng tau). Alhamdulillah, hari khamis, 15/4/2010 pukul 10.30 mlm, aku telah menerima satu panggilan daripada pihak jpa, tapi aku x terkejut sgt, sbb sblom tu aina dah telepon aku habaq kata dia dapat pergigian di mesir. Jadi, aku memang berdebar-debar menunggu panggilan tu. Bila handset aku berdering ja, aku terus gembira(tapi takut jugak la....kot2 dia kata dukacita anda x dapat ka....huhu). Tapi, alhamdulillah, berita yang aku dapat adalah berita gembira. Jadi, 18/4 (kelmarin), aku pon mendaftar lah di intec UiTM seksyen 18. Aku akan berada di sini 3 bulan saja, waktu dalam telefon aku dengar macam dia kata 7 bulan. Tapi, bila mai sini, baru tau, 3 bulan ja....haha.....lagi bagus. Mungkin lepas raya nanti aku akan fly ke jordan....insyaAllah....doa-doakan aku ya..

quest for scholarship (II)




Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (2010)

Quest for scholarship (II).....saja aku buat dua bahagian sebab bahagian (II) ni pencarian biasiswa selepas result spm diumumkan. Jadi, feeling dia lain sikit laa.

31hb mac, tarikh temuduga untuk temuduga tnb.

Hari kejadian, bangun awal..(huh, x awal sangat pon....biasa ja). Temuduga ni diadakan di UNITEN. Aku apply nak buat power engineering...(haha.....tak pernah terlintas pon dalam fikiran nak belajar bidang ni....main apply ja). Tapi alhamdulillah, nama aku tersenarai untuk temuduga. Pergi ja la, mana tau ada rezeki aku kat situ. Yang paling syok, interview kali ni aku ada geng...naem, haziq ngan zulkhairi/bee/tobek/k.e/dafi/zul...adoii...bnyak sungguh nama dia. Awal-awal sekali, macam biasa la, pendaftaran. Lepas tu, kami semua diberi taklimat. Bagus betul taklimat dia. Dia terang siap-siap apa yang akan jadi dalam bilik interview nanti. Cara nak duduk pun dia ajar. Surau pun dia bagitau kat mana, dia kata,'surau ada kat belakang ni, sapa-sapa yang nak solat dhuha dulu boleh laa'. Bagus betul (tapi aku tak sembahyang dhuha pun...alasan: aku kena group 1st nanti kalau dia panggil kalut pulak). Hahahaha, ada saja alasan.

Lepas tu bermula saat genting, sesi temuduga. Temuduga dia dalam group, dan aku kena satu group dengan naem..haha..syok betul ada geng. Temuduga dia simple ja. 1st dia tanya pasai background kita. 2nd dia tanya pasai apa yang kita tau mengenai TNB. 3rd dia akan bagi satu tajuk, lepas tu dia akan tentukan sama ada kita kena sokong atau bangkang tajuk tu. Aku dapat tajuk 'technology makes people lazy'. Aku kena sokong tajuk ni. Dia bagi masa 2 minit untuk prepare (rasanya lebih kot...sebab yang jaga masa tu lupa nak tekan loceng lepas 2 minit...haha...untung2). Aku pun hentam cakap ja la. Masa untuk cakap 2 minit ja. Orang yang 1st la kesian, dia tak sempat nak cakap isi lagi, masa dah habis dah. Kami yang lepas dia takpa la, tau dah kena cakap laju-laju. Lepas tu, selesai interview TNB. Alhamdulillah...Interview TNB ni best, sebab interviewer dia best, tak pressure orang langsung, buat lawak, gelak-gelak. Kiranya tak rugi aku mai intrviu ni. Tapi dapat atau tak, kena tunggu bulan 5 ni, kalau ada rezeki, alhamdulillah....

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (2010)

haa....biasiswa ni yang paling diharapkan sekali, sebab yang ni peluang banyak sikit. Aku apply medicine timur tengah. Kalau sapa yang apply medik jpa, wajib join program pendedahan kerjaya seorang doktor. Nak bagi pendedahan la, nanti bila dah jadi doktor, takut menyesal pulak. Aku kena pi hospital 5 hari. Lawat la tempat2 dalam hospital tu, bahagian kecemasan, jabatan patologi, jabatan forensik, klinik-klinik pakar, wad ortopedik, wad pembedahan, bahagian O&G dan kafeteria(haha....kena habaq jugak..tiap-tiap hari tak pernah miss kafeteria).


Seronok jugak pi hosp ni. Tambah-tambah group aku, cukup ramah(meriah hosp tu dengaq suara kami sembang....hahaha). Group aku ada 9 orang, macam dalam gambar kat atas. Raisuddin, aku, Amirul, Thiru, Junni, Ying Lie, Izzati, Farah dan Lynton. Memang best, siap buat group lagi dalam facebook...haha.

5hb April, saat genting sekali lagi. Aku kena temuduga kat INTAN Sg Petani. Kali ni pun syok jugak, sebab ada geng. Azuan ngan Aina kena hari yang sama ngan aku. Aku dengan azu siap satu group lagi. Temuduga jpa pun simple ja. Temuduga dia dalam group, macam tnb. Tapi temuduga ni lain sikit, sebab kena cakap bm ngan bi. Selalunya semua in english ja.

1st macam biasa la, introduce ourself. Lepas tu, dia tanya aku nak pi negara mana. Soalan ni dia tanya aku ja, sebab aku apply timur tgh. Aku pun jawab la mesir. Lepas tu dia tanya kenapa aku nak pi mesir(sambil tersenyum sinis). Aku pun bagi la reason aku. Aku kata aku yakin dengan kepakaran pengajar kat mesir sebab kat mesir banyak pakar sebab mesir negara sosialis dan pakar-pakar payah sikit nak keluar daripada negara depa(credit to Aina sebab dia yang habaq kat aku). Tapi aku rasa macam interviewer tu tak faham ja explanation aku...huhu.
Lepas tu, dia bagi tajuk, 'sports level in Malaysia is satisfying and encouraging, do you agree with this statement'. 2-3 saat lepas dia bagi tajuk, aku pun terus angkat tangan....haha....soalan ni aku jawab dulu, kononnya nak nampak menonjol la. Tapi, alhamdulillah aku jawab 1st, sebab bukan ada isi sangat pun nak jawab soalan ni, orang lain dalam group aku pun cakap isi lebih kurang aku ja.
Lepas tu dia tanya pulak, 'what do you think about one student, one sport'. Hmmm....panjang lebar jugak aku jawab soalan ni, tapi ayat putar belit laa...huhu...harap2 interviewer tu faham aku cakap apa.
Last sekali sesi dalam bahasa melayu, dia tanya, 'pada pendapat kamu, bagaimana bidang perubatan dan farmasi boleh menyumbang kepada sukan di Malaysia pada masa akan datang'. Hmm....pening jugak nak jawab soalan ni....biasa la....kita jenis orang yang kurang membaca, nak goreng lebih2 mana nak ada isi..adoii....insaf2.
Hahahaha.....habis dah interview jpa, last sekali dia bagi peluang untuk kita tanya apa2. Tapi aku tak tanya pun, macam tak wajar ja nak tanya soalan kat interviewer. Lagipun ada sorang dalam group aku tu tanya macam2 dah. Apapun, tawakkal ja la. Aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi di mata interviewer tu aku tak tau la camna. Ayat standard, kalau ada rezeki, alhamdulillah...

quest for scholarship

Biasiswa Bank Negara (2008)

hahahaha....tajuk ja dalam english....isi dalam melayu dah laa....hehe. aduhh...cerita lepas spm ni memang panjang. Walaupun panjang, tapi aku rasa 80% daripada masa tu sia-sia saja. Adoii...kadang-kadang teringat hadis Rasulullah, 'terdapat dua nikmat yang selalu manusia lupakan iaitu sihat dan masa lapang'......gedebush, kena sebijik kat muka sendiri. tapi kadang- kadang ja la teringat pon, itu yang masalah tu.
Ok lah, berbalik kepada tajuk asal....'quest 4 scholarship'....bermula seawal aku tingkatan 3 lagi. Lepas pmr, aku dipanggil temuduga untuk biasiswa bank negara. Adoii.......pengalaman pertama temuduga memang best dan x best..(haha.....dua-dua ada)
Yang bestnya, interviu dia memang santai....ala borak-borak gitu....(ya la kan....baru masuk ting 4 ja...x kan dia nak pressure teruk2 kot). Siap ada sesi minum-minum lagi, interviewer tu yang belanja. Dah selesai interviu, dapat duit raya pulak, bank negara la katakan...huhu. Haa...apapun, terima kasih banyak2 kat cikgu Ropizah dan cikgu Zahrul sebab tolong bawa saya ke temuduga pergi dan balik. Walaubagaimanapun, aku x berjaya dapatkan biasiswa nih. Hmmm, aku cakap ikut suka aku ja, mana nak dapat. Siap tanya lagi, nanti kalau saya dapat biasiswa ni, macam mana dengan cita-cita saya nak jadi doktor. Cis.......kalau aku jadi interviewer tu pun aku boleh agak dah, 'budak ni mesti x minat nak kerja bank ni, baik aku x payah bagi biasiswa dekat dia'...hahaha....betapa hampehnya soalan aku.




Biasiswa Yayasan Sime Darby (2009)

hahaha.....waktu spm baru ja habih. Sejurus selepas menduduki kertas terakhir spm, aku terus bertolak ke Kelantan sebab abang aku nak kahwin. Lepas habis majlis di Kelantan, bersedia untuk majlis di Kedah pulak. Hmmm.......nak kata penat pun, x la sangat......huhu....aku x pulun sangat pon buat kerja. Sesudah majlis di Kedah, baru sehari berselang, aku pun bukak lah email aku...hehe...saja nak tengok...baru ada email la katakan..(tu pun abang aku yang tolong buat). Rupa-rupanya aku dipanggil temuduga. Aduhh, x sempat nak rileks kat rumah. Tapi, biasiswa punya pasal, pi jugak la. Hari temuduga.........orang pertama yang aku jumpa, pelajar SBPI Gopeng. Rasa lega sebab ada jugak orang Melayu. Tapi, orang Melayu yang ada boleh bilang dengan jari. Itu pun kebanyakannya Kolej Yayasan Saad. Satu benda yang x best dan sangat 'saiko', semua orang nak sembang dalam english. Arrgh, tekanan eden. Kalau cina dan india saja sembang dalam english, boleh diterima lagi, ini melayu pon speaking jugak walaupun sembang sesama melayu. Betul la kan, memang wajar la kalau nak practise speaking sebelum interviu, tapi.......urrggh. Bukan nak kata, tapi interviu Sime Darby memang renyah, kalau last2 dapat biasiswa, x pa lah, berbaloi. Lagi satu, aku memang x suka stail dia yang reject mentah2 waktu 1st round. Ciss.....rasa terpukul gila bila kena balik dalam keadaan sah2 di'reject'. Malu kot, sapa yang ada kat situ semua tau, 'ooo....budak ni x lepas 1st round, mesti speaking dia fail'. Mungkin orang x ada fikiran macam tu, tapi rasa macam orang dok sebut2 ja tepi telinga kita. Hmmm........apapun, tetap alhamdulillah kerana Allah bagi aku peluang untuk timba pengalaman temuduga kat situ. InsyaAllah perjalanan aku lepas ni mungkin lebih mudah. Dan aku selalu ingat, orang yang berjaya tu selalunya mesti akan gagal dulu dalam hidupnya....huhu....dan aku x patah semangat......alhamdulillah.......

To be continued....

me and friends







hahahahaha.............boh gambaq saja nak bagi meriah blog....huhu....tapi gambaq-gambaq ni semua memang telah meninggalkan kenangan yang sangat manis sepanjang aku merantau d bumi SBPIKP(hehe..merantau bunyi cam dok oversea lak)
syok betul belajaq kat SBPIKP nih......tempat-tempat yang aku x pernah pergi...negeri-negeri yang x pernah aku sampai pon....aku jelajah waktu belajar kat sini.....alhamdulillah
semoga persahabatan sesama kengkawan dan guru-guru akan berkekalan selamanya....AMIIN

terkial-kial

adoii....bagi seorang yang rabun it(hehe....x lah buta sangat)....mencipta blog sendiri adalah agak sukar.....terutamanya bila tengok blog kengkawan cantik2 belaka...
hmmm.....nak buat blog pn kena ada ilmu gak......ilmu itu begitu luas....dan Yang Maha Mengetahui hanya Allah...
Assalamualaikum.............asyik baca blog org ja.....rsa teringin nak tulih sndiri punya.....seronok apabila apa yg dirsa bleh dikongsi....terutama waktu la ni....bukan ada apa nak buat......mungkin bila tulih blog ni...akan memberi manfaat kepada aku dan orang yg membacanya.....selamat blogging untuk aku