kau, aku, tak sama

bangun pagi, tak dapat tidak, kita mesti terpaksa bersosial dengan manusia lain.

untuk spesies nokturnal, 

bangun malam, tak dapat tidak, mesti akan bermuamalah dengan orang lain.

tak boleh elak, 

dalam bergaul ni, ada macam2 jenis manusia

ada yang pandai bersembang, datanglah siapa2 pon, ada saja idea yang nak dibuat modal bersembang.

ada pulak yang teringin nak bersosial, tapi tak berapa nak pandai cari modal, last2 diam ja la

ada jugak yang kalau dengan kawan rapat, bersembang tak ingat dunia, gelak huha huha, tapi kalau dengan orang lain pendiam

dan ada yang memang tak minat bersembang langsung, tak kisahlah kawan rapat ka, sapa ka, diam sepanjang masa

menarik.....itulah yang mencorak dunia

well, u can't expect all people to be the same as you

if so, we'll become robots!!!


jadi, hormat dan sayanglah semua orang.....dengan bersangka baik

accept the differences!!!

untuk setiap orang tu menjadi dia yang hari ini, ada kisah2 hidup dia, perjalanan yang tak pernah kita tempuh atau rasai.

bila kita cuba menghakimi perbuatan atau sikap seseorang, sebenarnya kita hanya menghakimi diri sendiri.

contoh, apabila ada seorang hamba Allah yang memang jenis tak senyum......bila kita terserempak dengan orang macam ni mungkin kita akan kata,

"amboi, sombongnya!"

realitinya, kita tak mampu dan tak layak langsung melabel dia begitu.

kenapa?
sebab kita tak pernah tahu apa perjalanan atau kisah hidup dia yang membuatkan dia tak suka senyum

yang kita tahu, kalau kita, jumpa orang tak senyum, kita sombong

jadi apa yang kita kata sebenarnya ialah,

"amboi, kalau aku buat macam tu, mesti aku sombong!!"

see?...get the point?...tak dapat sudah...kah3



azwan wahab,
30 okt 2012,
irbid, jordan,

alhamdulillah kenyangnya?

hari ni dah 3 ramadan, kat malaysia baru 2 ramadan

cerita mengenai ramadan, bulan puasa ni ada satu benda yg cukup ironi, iaitu ;

"makan banyak"


ironi kan?....nama bulan puasa, sepatutnya makan sikit, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya

kita selalu terkeliru, tentang nikmat

ramai yang menyangka kenyang itu nikmat
kaya itu nikmat
benda free itu nikmat

padahal nikmat sebenar ialah apabila kita tidak lapar dan tidak kenyang
tidak miskin dan tidak kaya 
tak kira sama ada hasil titik peluh kita sendiri atau benda free, semua ialah nikmat

salah memahami erti nikmat menyebabkan kita jarang bersyukur

berbalik kepada makan banyak,

sesungguhnya makan sampai kenyang itu menghilangkan manisnya ibadah. seriously. 

istimewanya ramadan bukannya pada juadah, tapi pada ibadah.

untuk meraikan kejayaan sehari berpuasa, ok fine makanlah sedap sikit. tapi jangan makan banyak. beza kan?

hidup jauh daripada family, tak ada bazaar ramadan, insyaAllah aku mampu buat apa yg aku kata ni

tapi nanti dah balik Malaysia, hmm harapan.

adoi tak bestnya nak tarawih dengan perut 'sengkak'
*org kelantan panggil sekok
*bahasa baku aku taktau minatang apa

semoga aku, kau, dan mereka dapat menahan nafsu di bulan yg mulia ini. ajar sikit nafsu tu. jangan dok manja sangat

jangan makan sampai "alhamduilillah kenyangnya", cukuplah makan sampai "alhamdulillah dah tak lapar"

azwan wahab,
22 julai 2012,
irbid, jordan.

medicomaniax : my last speech

jumaat, 6 julai 2012

medicomaniax di bawah pimpinan baru, aqil nazahah telah mengadakan satu jamuan yang julung2 kali diadakan. Big applause

time ak dulu org mintak nak buat tapi ak x buat pon..haha

memang best malam tu, dgn kawan2, makanan pulak terbaikkk

dan tanpa disangka2, aku disuruh memberi ucapan selaku bekas admin medicomaniax.

malam tu aku tgh mood gila2, tiba2 nak bagi ucapan serius, memang x r...haha

pi depan, senyum2, mnegarut2 sket, setel

tapi bila fikir2 balik, ada beberapa perkara yg sepatutnya aku sampaikan

anggapla ni ganti ucapan aku malam tu.

1. Aku nak mintak maaf dan terima kasih kepada semua. Sebenarnya aku x pernah anggap aku ketua medicomaniax pon. Kalau kalini kita ada unit akademik yang dipegang oleh Hafiz kan, ak ingat tu la tempat aku dalam medicomaniax. Tu yg ak x buat apa2 selain kutip markah, heh. Alasan. Apapun terima kasihlah kepada semua yang sudi memberi kerjasama. Aku kalau boleh x mau menyusahkan sapa2 sebab aku tau tahun 2 ni berat. Aku pon terkapai2. Tapi still ada yg sudi tolong kawan2. Kudos

2. Aku harap kita sentiasa ambil tahu pasal kawan2.

Hampa jangan tanya aku. Memang aku tau sapa fail, ikmal etc, tapi aku kena jaga kepercayaan yg org bagi. Tak leh habaq senang2 ja. Habis tu macam mana nak tau? Hampa kena la tanya depa sendiri. Rapat dengan semua org. Aku pon kadang2 x mampu nak rapat dengan semua orang sebab kita berbeza. Tapi kita sama2 try dan itulah manisnya ukhuwah kan?...meremang bulu roma buat ayat camni...huhu
Jangan nanti bila ada orang yang tercicir, baru kita nak sibuk tanya "Eh, dia amik ikmal ka? Taktau pon" 
Jangan2. Ingat, "we are one!" 

3. Aku harap kita x menyimpan sengketa sesama kita.

Kita akan bersama selama 4 tahun lagi. Kalau harini kita bergaduh, bersengketa, tak puas hati, takkan la kita nak simpan sampai 4 tahun akan datang? Kalau kawan buat salah, boleh ja nak marah (jika perlu), tapi ada hadnya. Cukuplah peringatan nabi ni

"Dan tidak halal seorang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari" - (Riwayat al-Bukhari, 5/2253)

4. Lastly, aku nak mintak maaf kat timbalan, tasnim atas segala salah silap, kurang kerjasama dan semua2 lah.

"We are one, forever"


azwan wahab,
8 julai 2012, 
irbid, jordan

Allah T.T

video ini antara video yang paling aku suka.


memberi berita gembira kepada si pembuat dosa.


betapa agungnya Allah, dan cinta-Nya kepada kita


“Setiap anak Adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik pembuat dosa adalah mereka yang bertaubat”. (HR.Tirmidzi). 


dan kata2 ini sentiasa memberi semangat untuk orang yang selalu buat dosa macam aku untuk terus kuat kembali kepada Allah dan berusaha mencari keredhaan-Nya


"syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke dalam neraka, bagaimana kamu boleh berputus asa utnuk masuk ke syurga"


doa bukan mantera

doa

satu perkara yang sangat mudah

angkat tangan (malas sangat x angkat pon xpa)
pastu ckap apa yang kita nak
settle

benda yang simple mcam ni tapi kalau buat betul2, kesan dia besar doe (doe?)

doa bukan mantera
baca prom prang prom prang amin
memang r x rasa apa

test la
kalau jadi imam, mula2 baca doa dalam bahasa arab
orang amin slow ja
pastu bila tiba2 kita baca dalam bahasa melayu
orang mesti amin dengan sungguh2 
sebab tiba2 dia faham apa yang imam tu mintak

serius
bila kita mintak kat Allah, itu tanda kita xdak apa2

kalau terdetik dalam hati "malas r nak berdoa"

amboih brader, berlagak gila dengan Allah......atau memang dah sempurna hidup sampai x perlukan apa2 lagi

bohong la kalau kita x berhajat apa2, walau benda tu kecik sekalipun

klu situasi kita dengan adik
kita x mampu buat satu benda,
pastu sebab ego kita, kita takmau mintak tolong dia
"mintak tolong dia nanti nampak sangat aku ni lemah"

tapi macam tu ka dengan Allah,
kita memang lemah kot, admit ja la
banyak benda kita nak, mintaklah



betul kalau doa sahaja tanpa usaha tak jadi jugak
tapi kalau usaha saja tanpa doa?

bila berjaya, mesti kita sandarkan kejayaan tu atas penat lelah usaha kita semata
kan?

hatta dalam kita buat ketaatan sekalipun, rajin solat, puasa sebagainya
kalau kita x berdoa untuk semua tu, kita akan rasa kita mampu buat semua tu sebab kita hebat

bongkak jadinya

maka, berdoalah

azwan wahab,
6 jun 2012,
irbid, jordan