TAMAN TARBIAHKU

PASTI pondok hj hussin, guar chempedak
  • di sinilah institusi pendidikan aku yang pertama selain pendidikan di rumah.
  • intipati utama yang dipelajari di sini ialah berkaitan perkara asas mengenai agama Islam seperti belajar membaca al-Quran, belajar solat, belajar cara mengambil wudhuk dan sebagainya
  • aku di sini sebagai pelajar yang lebih muda daripada rakan-rakanku.....kebanyakan mereka sudah berumur 6 tahun sedangkan aku hanya berusia 5 tahun.

    Sek. Keb. Teroi

    • di sini, sekali lagi aku menjadi pelajar yang termuda......kerana aku masuk darjah satu ketika berumur 6 tahun atau istilahnya....'tumpang'...huhu
    • aku di sini tidak lama....setakat darjah 3 sahaja.....kerana mak aku ditempatkan di sekolah menengah setelah beliau memperoleh ijazahnya
    • aku pun.....tunggu lagi??....pindah juga lah......ke sekolah yang lebih dekat dengan rumahku.

      Sek. Keb. Guar Chempedak

      • haa.....di sini aku belajar dari darjah 3 sampai darjah 6....hehe.....peperiksaan awam yang pertama..UPSR..aku duduki di sini
      • alhamdulillah.....aku bersyukur kerana aku meninggalkan sekolah ini dengan nama yang agak baik juga lah.....adess.....perah santan di situ

        Sek. Men. Keb.Agama Yan

        • huhu........sebenarnya sekejap sangat aku menimba ilmu di sini...........hanya sebulan setengah saja
        • namun sempat juga menambah kenalan......dan t-shirt SMKAY...hehe....sampai sekarang masih dipakai lagi
        SBP Integrasi Kubang Pasu

        • aku rasa di sinilah paling banyak kenangan, pengalaman, kenalan, dan ilmu aku peroleh
        • sudah tentulah, lima tahun berada di sini.....bukit kayu hitam yang dulu dirasakan begitu jauh sekali....kini dah jadi sangat dekat
        • banyak perkara aku belajar di sini....alhamdulillah...aku sangat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang untukku menimba khazanah ilmu di sini