There was an error in this gadget

cinta dan kasih

pergh!!!!............awat tiba2 tajuk cmni plak nih?

skadar ingin menulis, sesuatu yg dh lama bermain di fikiran

tajuk mcm ni maka konklusi awal: penulis ni jiwang.....haha

bukan mcm tu.........cuma ak nak tulis apa erti cinta yg sebenar.....pndangan aku sniri....klu ada org x stuju ak xdak hal.......hoho

ok, sapa yg baca smpai sini msti dia akan buat konklusi awal sekali lagi: ni mesti nak kata cinta kat Allah, kat Rasulullah la kan?

rilek2, bca dulu............hehe

cinta itu adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya...........ya! ayat yg slalu kita dngar

ayat tu sgt benar............cinta tu Allah yang bagi kat kita.....tanpa cinta pasti hidup kita hambar

memandangkan Allah yang ciptakan kita dan telah menciptakan kita lengkap dengan perasaan cinta, maka Allah dah bagi guideline/manual tntang cara kita nak guna cinta tu


kalau difikirkan balik, agak2 kita gunakan cinta tu ikut manual yang Allah bagi x?

tp dunia sekarang mentafsir cinta dgn cara yg lain.........shingga setiap dari kita percaya bahawa perlunya kita kepada cinta sesama manusia yg masih belum halal bagi kita.........shingga kita percaya bahawa kita x mampu hidup tanpa cinta antara sang teruna dan sang dara

adakah kita terlupa ataupun kita terlalu terpengaruh dgn filem2, lagu2 yg sntiasa mempromosikan cinta ini.........padahal


bagi aku, klu bercinta sebelum sampai waktunya, ia semuanya didorong oleh nafsu semata2.
betul, aku juga manusia, aku juga ingin mencintai dan dicintai, aku juga ada nafsu.........kita semua sama

sama seperti cinta, nafsu juga diciptakan oleh Allah untuk kita..........dan Allah yg Maha Penyanyang dah bagi manual gak mcm mna nak guna nafsu


ramai juga yg bercakap mengenai jodoh. Klu kita nak kahwin mesti kita cari calon kan.
tp perlu ka kita bercinta siap2 dgn calon kita tu?
klu kita x tackle dia nanti dia dikebas org.....

betul2, mgkin ada antara kita yg cintanya itu sejati.........'aku serius dgn dia', katanya.

ok, xdak hal.......buatlah perjanjian bahawa hampa(kamu) akan saling setia menunggu sampailah hampa(kamu) bersedia untuk kahwin.
tp diantara tempoh menunggu itu x perlulah keluar berdating dan seumpamanya.
x perlulah berbalas-balas mesej yang berbunga2, surat menyurat dan yg sewaktu dgnnya.
Jika benar kamu berdua mempunyai cinta sejati, pasti kamu akan mampu menunggu.

aku menulis ni bukan sebab aku jeles aku xdak awek.......bukan2
tp, Allah pesan


bukan apa, hidup kita ini sebenarnya terlalu singkat untuk disia-siakan.
bayangkan hidup yang 100 tahun paling lama, kita nak guna untuk dapatkan syurga yg kekal selama-lamanya.

cinta yang halal barulah best


semoga hidup kita yang singkat ini sentiasa dipenuhi dengan usaha mencari keredhaan Allah

*walaupun agak tidak kena dgn isu semasa, tp xpa, sbb isu mencari keredhaan Allah adalah isu sepanjang masa..........heh

azwan wahab,
irbid, jordan,
1 feb 2011, 10.28 p.m