alhamdulillah kenyangnya?

hari ni dah 3 ramadan, kat malaysia baru 2 ramadan

cerita mengenai ramadan, bulan puasa ni ada satu benda yg cukup ironi, iaitu ;

"makan banyak"


ironi kan?....nama bulan puasa, sepatutnya makan sikit, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya

kita selalu terkeliru, tentang nikmat

ramai yang menyangka kenyang itu nikmat
kaya itu nikmat
benda free itu nikmat

padahal nikmat sebenar ialah apabila kita tidak lapar dan tidak kenyang
tidak miskin dan tidak kaya 
tak kira sama ada hasil titik peluh kita sendiri atau benda free, semua ialah nikmat

salah memahami erti nikmat menyebabkan kita jarang bersyukur

berbalik kepada makan banyak,

sesungguhnya makan sampai kenyang itu menghilangkan manisnya ibadah. seriously. 

istimewanya ramadan bukannya pada juadah, tapi pada ibadah.

untuk meraikan kejayaan sehari berpuasa, ok fine makanlah sedap sikit. tapi jangan makan banyak. beza kan?

hidup jauh daripada family, tak ada bazaar ramadan, insyaAllah aku mampu buat apa yg aku kata ni

tapi nanti dah balik Malaysia, hmm harapan.

adoi tak bestnya nak tarawih dengan perut 'sengkak'
*org kelantan panggil sekok
*bahasa baku aku taktau minatang apa

semoga aku, kau, dan mereka dapat menahan nafsu di bulan yg mulia ini. ajar sikit nafsu tu. jangan dok manja sangat

jangan makan sampai "alhamduilillah kenyangnya", cukuplah makan sampai "alhamdulillah dah tak lapar"

azwan wahab,
22 julai 2012,
irbid, jordan.

No comments: