quest for scholarship

Biasiswa Bank Negara (2008)

hahahaha....tajuk ja dalam english....isi dalam melayu dah laa....hehe. aduhh...cerita lepas spm ni memang panjang. Walaupun panjang, tapi aku rasa 80% daripada masa tu sia-sia saja. Adoii...kadang-kadang teringat hadis Rasulullah, 'terdapat dua nikmat yang selalu manusia lupakan iaitu sihat dan masa lapang'......gedebush, kena sebijik kat muka sendiri. tapi kadang- kadang ja la teringat pon, itu yang masalah tu.
Ok lah, berbalik kepada tajuk asal....'quest 4 scholarship'....bermula seawal aku tingkatan 3 lagi. Lepas pmr, aku dipanggil temuduga untuk biasiswa bank negara. Adoii.......pengalaman pertama temuduga memang best dan x best..(haha.....dua-dua ada)
Yang bestnya, interviu dia memang santai....ala borak-borak gitu....(ya la kan....baru masuk ting 4 ja...x kan dia nak pressure teruk2 kot). Siap ada sesi minum-minum lagi, interviewer tu yang belanja. Dah selesai interviu, dapat duit raya pulak, bank negara la katakan...huhu. Haa...apapun, terima kasih banyak2 kat cikgu Ropizah dan cikgu Zahrul sebab tolong bawa saya ke temuduga pergi dan balik. Walaubagaimanapun, aku x berjaya dapatkan biasiswa nih. Hmmm, aku cakap ikut suka aku ja, mana nak dapat. Siap tanya lagi, nanti kalau saya dapat biasiswa ni, macam mana dengan cita-cita saya nak jadi doktor. Cis.......kalau aku jadi interviewer tu pun aku boleh agak dah, 'budak ni mesti x minat nak kerja bank ni, baik aku x payah bagi biasiswa dekat dia'...hahaha....betapa hampehnya soalan aku.




Biasiswa Yayasan Sime Darby (2009)

hahaha.....waktu spm baru ja habih. Sejurus selepas menduduki kertas terakhir spm, aku terus bertolak ke Kelantan sebab abang aku nak kahwin. Lepas habis majlis di Kelantan, bersedia untuk majlis di Kedah pulak. Hmmm.......nak kata penat pun, x la sangat......huhu....aku x pulun sangat pon buat kerja. Sesudah majlis di Kedah, baru sehari berselang, aku pun bukak lah email aku...hehe...saja nak tengok...baru ada email la katakan..(tu pun abang aku yang tolong buat). Rupa-rupanya aku dipanggil temuduga. Aduhh, x sempat nak rileks kat rumah. Tapi, biasiswa punya pasal, pi jugak la. Hari temuduga.........orang pertama yang aku jumpa, pelajar SBPI Gopeng. Rasa lega sebab ada jugak orang Melayu. Tapi, orang Melayu yang ada boleh bilang dengan jari. Itu pun kebanyakannya Kolej Yayasan Saad. Satu benda yang x best dan sangat 'saiko', semua orang nak sembang dalam english. Arrgh, tekanan eden. Kalau cina dan india saja sembang dalam english, boleh diterima lagi, ini melayu pon speaking jugak walaupun sembang sesama melayu. Betul la kan, memang wajar la kalau nak practise speaking sebelum interviu, tapi.......urrggh. Bukan nak kata, tapi interviu Sime Darby memang renyah, kalau last2 dapat biasiswa, x pa lah, berbaloi. Lagi satu, aku memang x suka stail dia yang reject mentah2 waktu 1st round. Ciss.....rasa terpukul gila bila kena balik dalam keadaan sah2 di'reject'. Malu kot, sapa yang ada kat situ semua tau, 'ooo....budak ni x lepas 1st round, mesti speaking dia fail'. Mungkin orang x ada fikiran macam tu, tapi rasa macam orang dok sebut2 ja tepi telinga kita. Hmmm........apapun, tetap alhamdulillah kerana Allah bagi aku peluang untuk timba pengalaman temuduga kat situ. InsyaAllah perjalanan aku lepas ni mungkin lebih mudah. Dan aku selalu ingat, orang yang berjaya tu selalunya mesti akan gagal dulu dalam hidupnya....huhu....dan aku x patah semangat......alhamdulillah.......

To be continued....

3 comments:

yui said...

lalala.... tp hg dapat gak pgilan tmudga...ehehehe glam tuu.... aku dipanggil pun x taw....huhuhuhu..... nnti intvw educmp pet tu pastikn crita taw.... ksi detail punyer....ha3

Ikhwan Addin said...

azwan~!! gudluck ar ntuk educamp petronas~ hahaha

azwan wahab said...

yui92: insyaAllah ak crita

wanud: makasih