quest for scholarship (II)




Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (2010)

Quest for scholarship (II).....saja aku buat dua bahagian sebab bahagian (II) ni pencarian biasiswa selepas result spm diumumkan. Jadi, feeling dia lain sikit laa.

31hb mac, tarikh temuduga untuk temuduga tnb.

Hari kejadian, bangun awal..(huh, x awal sangat pon....biasa ja). Temuduga ni diadakan di UNITEN. Aku apply nak buat power engineering...(haha.....tak pernah terlintas pon dalam fikiran nak belajar bidang ni....main apply ja). Tapi alhamdulillah, nama aku tersenarai untuk temuduga. Pergi ja la, mana tau ada rezeki aku kat situ. Yang paling syok, interview kali ni aku ada geng...naem, haziq ngan zulkhairi/bee/tobek/k.e/dafi/zul...adoii...bnyak sungguh nama dia. Awal-awal sekali, macam biasa la, pendaftaran. Lepas tu, kami semua diberi taklimat. Bagus betul taklimat dia. Dia terang siap-siap apa yang akan jadi dalam bilik interview nanti. Cara nak duduk pun dia ajar. Surau pun dia bagitau kat mana, dia kata,'surau ada kat belakang ni, sapa-sapa yang nak solat dhuha dulu boleh laa'. Bagus betul (tapi aku tak sembahyang dhuha pun...alasan: aku kena group 1st nanti kalau dia panggil kalut pulak). Hahahaha, ada saja alasan.

Lepas tu bermula saat genting, sesi temuduga. Temuduga dia dalam group, dan aku kena satu group dengan naem..haha..syok betul ada geng. Temuduga dia simple ja. 1st dia tanya pasai background kita. 2nd dia tanya pasai apa yang kita tau mengenai TNB. 3rd dia akan bagi satu tajuk, lepas tu dia akan tentukan sama ada kita kena sokong atau bangkang tajuk tu. Aku dapat tajuk 'technology makes people lazy'. Aku kena sokong tajuk ni. Dia bagi masa 2 minit untuk prepare (rasanya lebih kot...sebab yang jaga masa tu lupa nak tekan loceng lepas 2 minit...haha...untung2). Aku pun hentam cakap ja la. Masa untuk cakap 2 minit ja. Orang yang 1st la kesian, dia tak sempat nak cakap isi lagi, masa dah habis dah. Kami yang lepas dia takpa la, tau dah kena cakap laju-laju. Lepas tu, selesai interview TNB. Alhamdulillah...Interview TNB ni best, sebab interviewer dia best, tak pressure orang langsung, buat lawak, gelak-gelak. Kiranya tak rugi aku mai intrviu ni. Tapi dapat atau tak, kena tunggu bulan 5 ni, kalau ada rezeki, alhamdulillah....

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (2010)

haa....biasiswa ni yang paling diharapkan sekali, sebab yang ni peluang banyak sikit. Aku apply medicine timur tengah. Kalau sapa yang apply medik jpa, wajib join program pendedahan kerjaya seorang doktor. Nak bagi pendedahan la, nanti bila dah jadi doktor, takut menyesal pulak. Aku kena pi hospital 5 hari. Lawat la tempat2 dalam hospital tu, bahagian kecemasan, jabatan patologi, jabatan forensik, klinik-klinik pakar, wad ortopedik, wad pembedahan, bahagian O&G dan kafeteria(haha....kena habaq jugak..tiap-tiap hari tak pernah miss kafeteria).


Seronok jugak pi hosp ni. Tambah-tambah group aku, cukup ramah(meriah hosp tu dengaq suara kami sembang....hahaha). Group aku ada 9 orang, macam dalam gambar kat atas. Raisuddin, aku, Amirul, Thiru, Junni, Ying Lie, Izzati, Farah dan Lynton. Memang best, siap buat group lagi dalam facebook...haha.

5hb April, saat genting sekali lagi. Aku kena temuduga kat INTAN Sg Petani. Kali ni pun syok jugak, sebab ada geng. Azuan ngan Aina kena hari yang sama ngan aku. Aku dengan azu siap satu group lagi. Temuduga jpa pun simple ja. Temuduga dia dalam group, macam tnb. Tapi temuduga ni lain sikit, sebab kena cakap bm ngan bi. Selalunya semua in english ja.

1st macam biasa la, introduce ourself. Lepas tu, dia tanya aku nak pi negara mana. Soalan ni dia tanya aku ja, sebab aku apply timur tgh. Aku pun jawab la mesir. Lepas tu dia tanya kenapa aku nak pi mesir(sambil tersenyum sinis). Aku pun bagi la reason aku. Aku kata aku yakin dengan kepakaran pengajar kat mesir sebab kat mesir banyak pakar sebab mesir negara sosialis dan pakar-pakar payah sikit nak keluar daripada negara depa(credit to Aina sebab dia yang habaq kat aku). Tapi aku rasa macam interviewer tu tak faham ja explanation aku...huhu.
Lepas tu, dia bagi tajuk, 'sports level in Malaysia is satisfying and encouraging, do you agree with this statement'. 2-3 saat lepas dia bagi tajuk, aku pun terus angkat tangan....haha....soalan ni aku jawab dulu, kononnya nak nampak menonjol la. Tapi, alhamdulillah aku jawab 1st, sebab bukan ada isi sangat pun nak jawab soalan ni, orang lain dalam group aku pun cakap isi lebih kurang aku ja.
Lepas tu dia tanya pulak, 'what do you think about one student, one sport'. Hmmm....panjang lebar jugak aku jawab soalan ni, tapi ayat putar belit laa...huhu...harap2 interviewer tu faham aku cakap apa.
Last sekali sesi dalam bahasa melayu, dia tanya, 'pada pendapat kamu, bagaimana bidang perubatan dan farmasi boleh menyumbang kepada sukan di Malaysia pada masa akan datang'. Hmm....pening jugak nak jawab soalan ni....biasa la....kita jenis orang yang kurang membaca, nak goreng lebih2 mana nak ada isi..adoii....insaf2.
Hahahaha.....habis dah interview jpa, last sekali dia bagi peluang untuk kita tanya apa2. Tapi aku tak tanya pun, macam tak wajar ja nak tanya soalan kat interviewer. Lagipun ada sorang dalam group aku tu tanya macam2 dah. Apapun, tawakkal ja la. Aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi di mata interviewer tu aku tak tau la camna. Ayat standard, kalau ada rezeki, alhamdulillah...

No comments: