There was an error in this gadget

siapa kita?

Rasanya rugi jika aku menggunakan blog ni sebagai public diary semata-mata. Oleh itu, kali ni aku ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku peroleh sepanjang di intec agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Pada hari sabtu dan ahad yang lepas, aku telah menghadiri satu program yang diberi nama Ini Sejarah Kita. Program ini menarik kerana ia dijalankan dalam keadaan yang sangat santai. Berbeza dengan ceramah atau forum.

Program ini telah dikendalikan oleh pelajar2 yang sedang menuntut di universiti luar negara termasuk yang sudah menamatkan pengajian serta yang sedang bercuti musim bunga (kot). Program ini secara keseluruhannya berkisar tentang sejarah umat Islam yang sangat gemilang satu ketika dahulu. Sejarah yang sangat gemilang ini adalah sejarah kita, kita sebagai umat Islam. Tapi persoalannya, adakah kita bangga dengan pencapaian ini. Dan apabila kegemilangan ini lenyap pada hari ini, adakah kita tidak terasa untuk mengembalikan kegemilangan itu. Kalau kita ditanya dengan soalan - siapakah awak? Apa yang akan kita jawab? pelajar? rakyat malaysia? manusia? Berapa ramai yang akan menjawab, aku seorang muslim, tanpa ragu-ragu. Mungkin ada yang akan kata, dia bukan tanya apa agama kita. Memang betul soalan ini tidak ada kena-mengena dengan agama, tetapi islam itu sendiri merujuk kepada siapa kita sebenarnya. Islam bukan seperti agama lain. Islam is the way of life, it is the guidance from Allah on how human should live. That means, every single thing we do has to be in Islam way. Jadi, apakah jawapan yang paling tepat kepada soalan siapa kita. Sudah tentu jawapannya kita adalah muslim.

Satu lagi soalan. Adakah kita Islam atau islam? Apakah beza antara Islam dan islam? Apakah beza antara Hensem dan hensem? Hensem itu adalah kata nama. Seseorang yang mempunyai nama Hensem, tidak semestinya dia seorang yang hensem. Tetapi jika seseorang itu hensem, maksudnya dia hensemlah. Berbalik kepada persoalan Islam atau islam. Ramai kita pada hari ini Islam, tetapi berapa ramai yang islam.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” (Riwayat Abu Daud)



Apa masalah yang melanda kita pada hari ini? Salah satu faktor umat Islam lemah pada hari ini ialah kerana ramai muslim tahu Islam tetapi tidak memahami Islam. Apa bezanya? Contoh yang paling mudah dapat diberikan di sini ialah berkenaan solat. Mungkin ramai daripada kita tahu cara2 untuk solat, tahu perkara yang membatalkan solat. Namun tanpa memahami tujuan solat itu, solat itu mungkin akan menjadi senaman harian tanpa mencapai tujuan sebenar solat sebagai pengabdian diri kepada Allah.



Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan)keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Surah al-'Ankabut, ayat 45



Ayat ini jelas menerangkan bahawa solat itu mampu mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan munkar. Namun adakah realitinya begitu pada hari ini? Kenapa agaknya?

Begitu juga dengan muslim. Sekiranya kita berada pada jalan Allah, mana mungkin kita lemah. Oleh itu, kita hendaklah sedar bahawa Islam tidak cukup sekadar tahu, tetapi hendaklah kita faham. Kefahaman itu pula melibatkan hati, bukan akal semata-mata. Jika cukup sekadar akal, masakan terdapat ramai golongan kuffar yang mengkaji Islam tetapi tidak memeluk Islam malah menjadi musuh ketat Islam. Maka apabila kita cuba memahami dengan hati, maka kesannya juga akan terasa di hati. InsyaAllah



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Surah al-A'raaf, ayat 179


Oleh itu, gunakanlah hati dengan sebaiknya untuk memahami Islam, mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya. Semoga kita sama-sama terselamat daripada berada dalam golongan yang dimaksudkan dalam ayat di atas.


WAllahu a'lam....

2 comments:

anis hasni said...

wow!! i give you full marks... i hope my new friends here baca dan hayati post hang yang ni...

sis-haneii said...

mim skang dy dh tukaq profesion jdik blogger judge..
btw,azwan..entri ang sgt bguna..n aku suka gaya pnulisan ang yg x terlalu berat..santai gitu..