dunia oh dunia

power gila Rahmat (bkn nma sebenar), tiap2 hari main game, layan movie, time nak exam bca buku 2-3 jam ja..........kluar result gempak nak mampus!!

kesian la Rahim (bkn nma sebenar jua), tiap2 hari msti pegi library, slalu jumpa lecturer, mmg rajin r study..........tp result dia slalu ckup2 makan ja

hmmm, menarik gak isu ni sebenarnya.......

kita mesti pernah jumpa kan org2 yg mcm ni (kedua-dua situasi)

keadaan ni klu x difikirkan........akan menjadikan org yg mcm Rahmat akan terus dgn caranya study last2 minute sbb dia tau dia bleh skor...........dan akan menyebabkan org yg mcm Rahim semakin putus asa dan jeles malah mungkin akan menyalahkan takdir (Allah), nauzubillah....

ini semua kisah dunia......

dunia dan manusia menilai kualiti melalui satu penilaian

sedangkan Allah menilai kuantiti dan kualiti secara berterusan.......(faham ke?)

dalam menuntut ilmu.....apa yang penting ialah niat......belajar untuk mencari keredhaan Allah.....

tapi ia bukanlah bermaksud kita x perlu berusaha untuk skor dlm exam.......salah tu

skor tu perlu untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini......nak buat mcm mna dah dunia ni menggunakan sistem sebegitu.......

jadi klu kita nak jadi muslim yang produktif, tuntutan dunia perlu juga dicapai.......

tp harus diingat, niat tu!!

kalau kita ada niat yang betul.......at least kita x skor di sisi manusia, tapi kita skor bermacam2 ganjaran di sisi Allah...

org yg dianugerahkan bijak pandai bestari pulak, klu dia x ada niat yg betul, markah gempak2 yang dia dapat........x bleh nak transfer masuk bank akhirat......rugi2

dunia ni mmg dugaan.......

sepatutnya org yg x pulun study merasa lebih malu kepada Allah, selalu buat bnda lagha, tp Allah bagi gak result gempak2.....

org yg pulun study plak sepatutnya merasa lebih mulia sebab dia dah la dpt pahala belajar, lpas tu Allah uji lagi dgn markahnya yg x seberapa......alangkah besarnya pahala jika dia bersabar


tp dunia ni bagi kita nampak yang sebaliknya......org yg x study tp skor dinampak hebat, org yg sentiasa berusaha tp x skor pulak nampak lekeh (mcm mna nak translate lekeh ni?)

kesimpulan:

1) x kisahlah kita dpt markah berapa pun, klu kita ada niat yg betul, ikhlas, kerana Allah, itu yang lebih baik

2) klu markah kita gempak, tp kita masih x sure g apa niat kita belajar, tolong betulkan niat anda, salurkan kepada mencari keredhaan Allah......(malu sket bro, Allah bagi banyak sgt bro)

3) teruskan usaha, belajar itu ibadah, dan ibadah kena istiqamah, klu kita istiqamah dalam belajar, peh! insyaAllah gempak punyalah result......

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

*mcm tajuk yg sma ja kan selalu.....sbb aku pon slalu terlupa niat sebenar belajar.....semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang saling ingat-mengingati


azwan wahab
irbid, jordan
13 jan 2011, 10 p.m.

8 comments:

`Izzati Idris said...

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

(51:55)

jzkk.

Nadzmi Mahfuz said...

rahmat tu istidraj..tol x dr..

Kun Zalameyh said...

nami: xleh ckp cmtu... istidraj rahsia tuhan.. kita ni tggl nk sangka baik ja...

Zafer Muslim said...

"tugas kita, dengan kita.
tugasNya, serahkan padaNya."

sekadar memenuhi tajuk entri, antara erti dunia kita: http://www.youtube.com/watch?v=fcyriFxi_Sw

kita semakin dekat sebenarnya...

azwan wahab said...

zafer: thanks 4 the link

Mim Hasniyah Yusof said...

betul2...
tapi, aku tak berapa suka exam...
sebab bila aku study untuk exam, selalu rasa tak ikhlas study...
haha...

yui said...

betul2... klau blajar kerana allah mestilah kena pulun kan.. baru allah bagi kejayaan kan...=p

Haziqah Yusra said...

oh, besnya bleh tuleh
irbid, jordan..nway, nice entry, memang kita kna slalu bermuhasabah diri..kadang2 terpesong dr niat