perlu ka puji?

post kali ni ringkasan daripada artikel Ust Zaharuddin Abd Rahman (nma sebenar.....heh)

"hang ni hensem r......dah r tere main bola......suara sedap.....exam 100 ja slalu" kata A kepada B.

"jgn puji aku!!!" kata B dgn serius.

kenapa?......nnti hidung dia kembang jadi x hensem......haha.......salah di situ....tolak 10 markah

kenapa B x suka menerima pujian?

apa reaksi Nabi Muhammad S.A.W mengenai pujian?

عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ

ertinya: "Rasulullah mendengar seorang lelaki memuij lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah berkata; kamu telah merosakkannya dan kamu telah memotong belakangnya (seolah-olah)" (riwayat Al-Bukhari)

Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis ini menyebut bahawa pujian dalam konteks hadis ini merujuk kepada pujian yang berlebih-lebihan sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh yang dipuji........serta boleh mendatangkan ujub, menghancurkan keikhlasan dan sebagainya.

pujian di atas lebih bermaksud membodek yakni memuji atas sesuatu kepentingan...

Nabi juga bersabda;

احثوا التراب في وجوه المداحين

ertinya: "taburkan tanah-tanah ke atas muka orang yang asyik memuji" (riwayat Abu Daud)

tapi, ada gak pengecualian......

Imam Al-Khattabi ketika menghuraikan hadis ini menyatakan bahawa sesiapa yang memuji seseorang dengan tujuan menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain mencontohinya maka TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori 'maddah' iaitu pemuji terkeji...

Nabi juga berpesan kepada kita;

إن كان أحدكم مادحًا أخاه لا محالة فليقُل: أحْسَب كذا وكذا إن كان يَرى أنه كذلك، وحَسِيبُه الله، ولا يُزكِّي عَلَى الله أحدًا

ertinya: "sekiranya ada dari kalangan kamu tidak dapat untuk mengelak dari perlu memuji saudaranya, maka katakanlah; "aku rasa akan dikira amalan sekian sekian yang dilakukannya dan Allah akan mengiranya, dan tiadalah seorang pun yang boleh dipuji (secara pasti) kecuali Allah." (riwayat Al-Bukhari)

apa perlu kita buat apabila dipuji?

ikutlah macam sahabat Nabi buat apabila mereka dipuji, mereka akan terus berdoa secara rendah diri dengan doanya;

اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون (واجعلني خيراً مما يظنون)


ertinya: "Ya Allah, janganlah Engkau mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkanlah daku berkaitan perkara perkara yang mereka tidak ketahui (jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan)" (riwayat Abi Syaibah; At Tarikh Al-Kabir)

Allah...kita x layak menerima pujian.......sesungguhnya segala pujian hanya bagi Allah


azwan wahab
irbid, jordan
10 jan 2011, 8.40 p.m

4 comments:

naz said...

pujian yg sdikit itu motivasi, sedang pujian melangit itu prosak hati.

`Izzati Idris said...

http://abasshabab.blogspot.com/2011/01/alhamdulillah-atau-terima-kasih.html

azwan wahab said...

owh....blog kawan sejordan rupanya.....subhanallah, idea yg sma pda wktu yg sma di tempat yg sma

yui said...

azwan pandai selalu dapat str8 a.. pandai main bola tampar pastu hensem dan baik hati plak...

ngehngeh gurau2 k...

puji allah lebih utama... puji makhluk boleh ja kalau dah memang makhluk tu bagus kan.. tp jgn sampai melebih2 macam yang diterangkan...