satu perkara yang sangat mudah
angkat tangan (malas sangat x angkat pon xpa)
pastu ckap apa yang kita nak
settle
benda yang simple mcam ni tapi kalau buat betul2, kesan dia besar doe (doe?)
doa bukan mantera
baca prom prang prom prang amin
memang r x rasa apa
test la
kalau jadi imam, mula2 baca doa dalam bahasa arab
orang amin slow ja
pastu bila tiba2 kita baca dalam bahasa melayu
orang mesti amin dengan sungguh2
sebab tiba2 dia faham apa yang imam tu mintak
serius
bila kita mintak kat Allah, itu tanda kita xdak apa2
kalau terdetik dalam hati "malas r nak berdoa"
amboih brader, berlagak gila dengan Allah......atau memang dah sempurna hidup sampai x perlukan apa2 lagi
bohong la kalau kita x berhajat apa2, walau benda tu kecik sekalipun
klu situasi kita dengan adik
kita x mampu buat satu benda,
pastu sebab ego kita, kita takmau mintak tolong dia
"mintak tolong dia nanti nampak sangat aku ni lemah"
tapi macam tu ka dengan Allah,
kita memang lemah kot, admit ja la
banyak benda kita nak, mintaklah

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ( Al-Baqarah 2:186 )

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. ( Ghaafir 40:60 )
betul kalau doa sahaja tanpa usaha tak jadi jugak
tapi kalau usaha saja tanpa doa?
bila berjaya, mesti kita sandarkan kejayaan tu atas penat lelah usaha kita semata
kan?
hatta dalam kita buat ketaatan sekalipun, rajin solat, puasa sebagainya
kalau kita x berdoa untuk semua tu, kita akan rasa kita mampu buat semua tu sebab kita hebat
bongkak jadinya
maka, berdoalah
azwan wahab,
6 jun 2012,
irbid, jordan