untuk spesies nokturnal,
bangun malam, tak dapat tidak, mesti akan bermuamalah dengan orang lain.
tak boleh elak,
dalam bergaul ni, ada macam2 jenis manusia
ada yang pandai bersembang, datanglah siapa2 pon, ada saja idea yang nak dibuat modal bersembang.
ada yang pandai bersembang, datanglah siapa2 pon, ada saja idea yang nak dibuat modal bersembang.
ada pulak yang teringin nak bersosial, tapi tak berapa nak pandai cari modal, last2 diam ja la
ada jugak yang kalau dengan kawan rapat, bersembang tak ingat dunia, gelak huha huha, tapi kalau dengan orang lain pendiam
dan ada yang memang tak minat bersembang langsung, tak kisahlah kawan rapat ka, sapa ka, diam sepanjang masa
menarik.....itulah yang mencorak dunia
well, u can't expect all people to be the same as you
if so, we'll become robots!!!
jadi, hormat dan sayanglah semua orang.....dengan bersangka baik
accept the differences!!!
untuk setiap orang tu menjadi dia yang hari ini, ada kisah2 hidup dia, perjalanan yang tak pernah kita tempuh atau rasai.
bila kita cuba menghakimi perbuatan atau sikap seseorang, sebenarnya kita hanya menghakimi diri sendiri.
contoh, apabila ada seorang hamba Allah yang memang jenis tak senyum......bila kita terserempak dengan orang macam ni mungkin kita akan kata,
"amboi, sombongnya!"
realitinya, kita tak mampu dan tak layak langsung melabel dia begitu.
kenapa?
sebab kita tak pernah tahu apa perjalanan atau kisah hidup dia yang membuatkan dia tak suka senyum
yang kita tahu, kalau kita, jumpa orang tak senyum, kita sombong
jadi apa yang kita kata sebenarnya ialah,
"amboi, kalau aku buat macam tu, mesti aku sombong!!"
see?...get the point?...tak dapat sudah...kah3

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ( Al-Hujuraat 49:12 )
azwan wahab,
30 okt 2012,
irbid, jordan,
30 okt 2012,
irbid, jordan,