pedang, emas, kehidupan

apa yg ada kaitan dgn tajuk tu?

org melayu : masa itu emas
org arab : masa itu ibarat pedang, jika engkau tidak memotongnya, masa akan memotongmu
imam hassan al-banna : masa itu umpama kehidupan

kalam Allah


ada macam2 perumpamaan lagi yang digunakan utk menggambarkan masa

tapi cukuplah ayat Allah utk menunjukkan kpd kita betapa pentingnya masa dlm hidup seorang insan


bila bercakap soal penjagaan masa, saya rasa ramai org akan menjadikan org Jepun sebagai contoh

drpd guru saya, drpd guru beliau yg pernah pergi ke jepun menceritakan, waktu guru kpd guru saya ni berada di jepun, beliau perlu menghadiri satu seminar.

seminar ni dijadualkan bermula pada pukul 1.33 tgh hari.

maka guru ini pun pergilah ke seminar itu sejam lebih awal memandangkan dia tahu bahawa org jepun ni sgt menepati masa..

peliknya, waktu guru ni sampai, x ada seorang pun yg berada di situ........guru itu kehairanan......"ingatkan org jepun ini menepati masa sgt"...guru itu bermonolog.

kemudian apabila waktu tinggal lagi 15 minit, barulah kelihatan org2 lain.....

5 minit sebelum seminar, semua org telah hadir........dan tepat pukul 1.33 tgh hari, seminar dimulakan.

setelah berakhirnya seminar, guru itu pon bersembang dgn org jepun mngenainya perihalnya yg dtg awal tadi....

org jepun itu tersenyum lalu menjawab, anda telah merugikan masa selama sejam........kerana dalam sejam itu ada pelbagai perkara lagi yang boleh dilakukan.

apa reaksi kita?.......lihat pada waktu yg ditetapkan.....1.33.........klu kita pasti sudah digenapkan menjadi pkul 1.30 atau 1.40.........tp org jepun ni sgt mementingkan masa walaupun 1 minit

susah kan nak tepati masa..........sehinggakan ada istilah 'janji melayu'

janji pkul 2...........pkul 3 baru sampai

sekarang ni dah jadi trend, klu nak buat apa2, mesti janji kena awal sejam.........

contoh dialog "program kita start pkul 7.00, tp kita kna habaq start pkul 6.00,... klu habaq pkul 7, pkul 8 baru org nak mai"

dialog peserta program "depa saja ja habaq start pkul 6.00, nak suruh org p awai, padahai start pkul 7.00, rileks2 suda"

last2 lambat jugak...........=(

kenapa ya jadi mcm ni?

salah siapa?

sebenarnya kita semua perlu mengubah pemikiran dan sikap......

kadang2 situasi yang berlaku lebih memihak kepada org yg dtg lewat

contohnya, si A dtg tepat pd pkul 7.00 krn program dijadualkan start pkul 7.00
manakala si B,C,D,E,F dtg pkul 8.00.........lewat sejam!!

tapi program tu start pkul 8.00, alasannya, pkul 7.00 tadi x bleh start sbb x ckup peserta.....

di akhir cerita, org yg dtg awal pulak yg rugi sejam........hmm

sebenarnya klu kita mengkagumi org jepun ketepatan masanya, kita jgn lupa kita juga sepatutnya lebih kagum kepada org Islam....

pada bula Ramadan contohnya, kita sgt mementingkan masa walaupun sesaat......

contoh: "uih!!.......bilal x azan lagi kan, sempat minum air lagi nih, cepat2!".....sesaat kemudian, bilal pon azan

contoh 2: "sesaat lagi nak masuk waktu nih.......sambil tangan kanan memegang air sirap dan tangan kiri memegang karipap"

bukankah org Islam lagi hebat dlm menepati masa.........tapi kenapa x dipraktikkan dlm kehidupan seharian

solat kita 5 waktu sehari cukup utk melatih kita menjadi seorang yg sgt menepati waktu.....lihat sahaja takwim


bukankah setiap minit itu bermakna......solat walaupun seminit sebelum waktunya adalah tidak sah

saya muslim, anda muslim, mari kita buktikan kita muslim yg sejati........tepati masa!!

azwan wahab,
irbid, jordan,
11.55 p.m, 9 julai 2011